Amah terkebil-kebil melihat keluarga majikan makan besar




Gambar seorang amah yang setakat melihat majikannya sedang makan menjadi viral. Bukan hanya di Indonesia, tetapi juga di seluruh dunia. Beberapa media asing turut melaporkan perkara itu.

Gambar tersebut dipetik oleh Michael Fanny. Amah itu dilihat sebagai duduk terpisah dari majikannya tanpa sebarang makanan pun, sementara majikan beliau makan besar di sebuah restoran di pusat beli-belah.

Menurut Daily Mail, gambar itu mendapat simpati di Indonesia. Gambar itu sudah dikongsikan sebanyak 60,000 kali di Facebook.

"Pembantu anda adalah sebahagian daripada kehidupan anda, mencerminkan sifat kemanusiaan anda. Bayangkan anda di tempat beliau, tiada telefon bimbit, tidak diajak makan. Mata hanya berlegar-legar melihat sekeliling," kata Michael Fanny.

Berita ini mendapat respons daripada ramai orang di seluruh dunia. Ada yang menyalahkan majikan itu. Namun ada pula tidak menganggap perkara itu satu kesalahan.

"Mungkin beliau akan makan selepas itu kerana tugasnya ialah untuk menjaga anak-anak," kata seorang pembaca.

Ada pula sejauh Amerika Syarikat yang berkata: "Kejam sekali majikan ini. Saya menjaga haiwan peliharaan saya lebih baik daripada ini."

sumber : http://berita.mediacorp.sg/mobilem/world/amah-terkebil-kebil-melihat-keluarga-majikan-makan-besar/3188786.html

0 Response to "Amah terkebil-kebil melihat keluarga majikan makan besar"

Posting Komentar